Monday, August 15, 2011

malam 7likur..

Assalammualaikum.. =)
Dah setengah bulan kite menjalani ibadah puasa.
Malam 7likur..

malam Lailatul Qadar yang merupakan ‘bonus’ kepada Umat Rasulullah Muhammad S.A.W. Kelebihan malam ini di sebut dalam al-Quran Al-Qadr melebihi bulan-bulan lain seribu kali ganda.

Terjemahan surah Al-Qadr:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Hadis Riwayat Al-Bukhari juga meriwayatkan malam ke-27 merupakan salah satu daripada malam-malam yang mungkin merupakan malam tersebut:

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Bagi masyarakat Melayu, malam ke-27 merupakan malam yang agak istimewa dan menggelarkan malam ini sebagai Malam Tujuh Likur. Lazimnya pada malam yang istimewa ini masyarakat kampung Melayu akan menghiaskan halaman rumah mereka dengan panjut atau pelita. Sesetengah tempat pula akan mengadakan kenduri atau jamuan kecil-kecilan bagi meraikan malam tersebut. Amalan ini merupakan satu adat sahaja dan tidak ada hadis atau perintah syariat yang menyuruh kepada sambutan malam ini.
wallahualam



*Sumber dari dianis.com







No comments:

Post a Comment